Selalu Jenguk

Wednesday 30 November 2011

Nakkan yang mudah

Hari ini kak gerau nak buat kuah rojak paling mudah dan senang. Kalau tutup mata, kepit sebelah tangan kat ketiak pun boleh buat. 
 Sangai kacang tanah. Buang kulit kalau nak bersusah-susah.
...Tapi sebab ini resepi mudah, jadi tak payah buang. 
Kisar setengah minit... Ketepikan..
Mudahkan
 Cili merah dan cili padi kisar dengan air asam jawa.
 Campurkan cili kisar dengan rojak buah atau petis. .. Nak mudah, letak mana-mana yang dah ada di rumah...Kann nak mudahkan. 
 Letak kacang, garam sikit, gula sikit...Mudah kan.
Akhir sekali, lumurkan kat timun, nanas, tauhu goreng, sengkuang, dan kangkung...tapi sebab kangkung tak der, tak payah susah-susah. Nak mudahkan. Kalau nak lagi mudah, tak payah buat langsung....Lagi Mudah...

Wednesday 23 November 2011

Terkena Sumpahan

Dulu saya tinggal di alamat Bila Gerau Bengang Bangang Gebang... 
Pada suatu hari,  sedang saya mengelim karipap sambil bergebang-gebang ,saya didatangi tetamu yang tidak diundang...
Sudahlah tidak diundang, menerjah masuk ke rumah, tidak beradab, terjerit-jerit, terpekik terlolong dengan matanya yang terbelolok @ terbeliak menghalau saya keluar  rumah ...

(makan, jemput makan, nasi arab sensored)

Senang-senang halau saya keluar. 
Saya tanya ...Ko ni siapa? Dia jawab, Aku Malware .Saya tanya lagi...Malware? 
Ha ha ha...Ada aku kisah ? Kalau "ware" lain  cam  tupperware, aku kisah. 

"Oh, ko main-mainkan aku? katanya dengan matanya yang merah menyala-nyala. Marah. Sangat-sangat marah. 
Kau tahu aku siapa? Kalau aku sudah marah, akan aku sumpah semua isi rumah kau. Kuih karipap kau, lauk kau, nasi kau, semua yang ada aku sumpah kasi keras, katanya lagi.

Ha ha ha ha ....Saya gelak...
Keras? Sumpahlah! Sumpahlah! , saya mencabar.
Tidak sedikit pun saya takut. Saya gelak. Gelak, Gelak, gelak dan gelak. 
Dia  semakin marah...maka dengan segera disumpahnya seluruh isi rumah saya...

Dengan sekelip mata........
Semuanya, karipap, nasi ayam, asam pedas, kuih talam, semuanya .
Keras...

(kue tiaw 4D pun ada, sila, sila)

Hu hu hu hu
Sejak itu...
...saya tinggalkan rumah saya dengan segala isinya...dan dengan kaki yang lemah longlai saya berpindah ke sini supaya dapat saya membuat karipap, memasak, dan  bergebang lagi...

Saya amat mengalu-alukan mana-mana pengamal perubatan tradisional  dan mana-mana pakar untuk memulihkan sumpahan terdapat isi rumah saya.