Dulu saya tinggal di alamat Bila Gerau Bengang Bangang Gebang...
Pada suatu hari, sedang saya mengelim karipap sambil bergebang-gebang ,saya didatangi tetamu yang tidak diundang...
Sudahlah tidak diundang, menerjah masuk ke rumah, tidak beradab, terjerit-jerit, terpekik terlolong dengan matanya yang terbelolok @ terbeliak menghalau saya keluar rumah ...
(makan, jemput makan, nasi arab sensored)
Senang-senang halau saya keluar.
Saya tanya ...Ko ni siapa? Dia jawab, Aku Malware .Saya tanya lagi...Malware?
Ha ha ha...Ada aku kisah ? Kalau "ware" lain cam tupperware, aku kisah.
"Oh, ko main-mainkan aku? katanya dengan matanya yang merah menyala-nyala. Marah. Sangat-sangat marah.
Kau tahu aku siapa? Kalau aku sudah marah, akan aku sumpah semua isi rumah kau. Kuih karipap kau, lauk kau, nasi kau, semua yang ada aku sumpah kasi keras, katanya lagi.
Ha ha ha ha ....Saya gelak...
Keras? Sumpahlah! Sumpahlah! , saya mencabar.
Tidak sedikit pun saya takut. Saya gelak. Gelak, Gelak, gelak dan gelak.
Dia semakin marah...maka dengan segera disumpahnya seluruh isi rumah saya...
Dengan sekelip mata........
Semuanya, karipap, nasi ayam, asam pedas, kuih talam, semuanya .
Keras...
(kue tiaw 4D pun ada, sila, sila)
Hu hu hu hu
Sejak itu...
...saya tinggalkan rumah saya dengan segala isinya...dan dengan kaki yang lemah longlai saya berpindah ke sini supaya dapat saya membuat karipap, memasak, dan bergebang lagi...
Saya amat mengalu-alukan mana-mana pengamal perubatan tradisional dan mana-mana pakar untuk memulihkan sumpahan terdapat isi rumah saya.
10 comments:
pindah rumah tak buat press-conference pun, dah peminat tak tau! ;)
kena berubat kampong nih...hehehe
SAYA BOMOH BESAU TAU GERAUU...
MEH LER DTG BAWAK UNTA PANGGANG...
Kog: tu la kan...artis tak laku...press conference buat dah tapi semua press tak datang...hu hu
kak gee:
teruk kak gee.. dah macam-macam ubat..he he
queen:
unta banyak susah cari oooo
nasib baikla dpt bt entry yg last kt rumah lame tu..dpt kite jenguk kak gerau kt sini..hihihih
sayalah pengamal perubatan tradisonal yang tersohor di daerah Siamang Gagap yang akan menyemperetkan sumpahan durjana kat umah Kak Gerau. Getah sekerap ada? nak wat umpan.
Pasang 'pendinding' untuk rumah baru ni GG. Takut-takut kena 'serang' lagi.
KM
nasib baik tgerak ati arini nak skodeng umah lama rupanya dh pindah...rindu dng celoteh gerau...
Post a Comment