Selalu Jenguk

Monday 19 December 2011

Parit Jawa

Hari ini tiba-tiba saya menjadi sangat beremosi, emosi terhadap Jawa, seluruh orang Jawa di Parit Jawa, Muar. 
Bukan kerana di sini tempat asalnya Nenek dan datuk saya belah bapa . Bukan juga kerana di sini masih ada lagi ibu saudara ,sepupu-sepupu dan saudara mara saya. Tidak juga kerana sukanya saya terhadap sambal goreng jawa dan makanan-makanan kesukaan orang Jawa.




Tapi saya menjadi sangat beremosi terhadap Telefilem Parit Jawa yang baru sahaja tadi saya tonton di astro Boxoffice...Cerita yang amat menyentuh rasa saya sebagai anak , anak bukan Jawa. Cerita yang membuatkan saya menangis untuk sebuah cerita Melayu bukan Korea yang seperti selalunya. 
Cerita yang membawa saya suatu pengertian yang amat mendalam akan nilai kasih sayang terhadap ibu, ayah dan adik-beradik. 
Tontonlah cerita ini...
Cerita Parit Jawa, walaupun, anda bukan orang Jawa, walaupun anda bukan ada kenalan atau kena mengena dengan Parit Jawa....
Namun, anda akan rugi kerana tidak menonton Parit Jawa. 

Pelakon-pelakon mantap Parit Jawa.
Tidak perlukan jeritan atau lolongan daripada watak-wataknya untuk membuatkan anda menangis dan tidak juga memerlukan watak ditelan bumi , atau disambar petir untuk membuatkan penonton menghargai nilai kasih sayang ibu dan ayah. 

2 comments:

kucingorengemok said...

group hug semua orang yang bukan jawa yang ada salasilah dari parit jawa!

AbbotCottage said...

Jawa....fuhhhhhhhhhhh kembang idung dengo pekataan tu. Hunss hunsss!!