Selalu Jenguk

Monday, 5 December 2011

Apa nak jadi pun jadilah

Nekad..
Malam ni.
Apa nak jadi pun jadilah...
Pesan dengan Bang Badang supaya bersedia.
Kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini  pada kak gerau, 
dia mesti bersedia dan redha. 
Kesian bang badang.
Berdoa moga diberikan kekuatan iman .

Malam...
Sepanjang malam
Pendengaranku semakin berkurang...
Mata semakin kecil
Pandangan semakin kabur...

Siang...
keadaan semakin baik...semangat pulih semula.
Ok sikit.

Malam menjengah lagi...
Pendengaran semakin teruk...Langsung tidak mendengar apa-apa
Pandanganku semakin kabur...
..peluh dingin mula membasahi badan.
Aku mesti kuat.
Akan Kulawan semuanya.
Arrrrrrrrrrrrrrhhhhh
Hanya jeritan kedengaran...
kadang kuat 
Arrrrrrrhhhh
kadang perlahan...
Oh, dapatkah aku bertahan. 
Aaaaaaaaaaaaaa
Bang Badang sudah tak sanggup mendengar jeritanku. 

Dia bingkas bangun. 
"Hoooi, sudah-sudahlah, dah tau takut pergi tengok buat apa? 
Memekak jer malam-malam."

Yer la, yer la....dah habis pun...
;
;
Fuhhhh...Lega
Berpeluh-peluh...
Penat OOO..
Tengok  Cerita kucing jer...tapi dengan mata dikecikkan
Telinga  dua-dua belah ditutup.



laksa johor tu sedap....beli kat seksyen 10 Shah Alam...belakang SAMTAJ

Wednesday, 30 November 2011

Nakkan yang mudah

Hari ini kak gerau nak buat kuah rojak paling mudah dan senang. Kalau tutup mata, kepit sebelah tangan kat ketiak pun boleh buat. 
 Sangai kacang tanah. Buang kulit kalau nak bersusah-susah.
...Tapi sebab ini resepi mudah, jadi tak payah buang. 
Kisar setengah minit... Ketepikan..
Mudahkan
 Cili merah dan cili padi kisar dengan air asam jawa.
 Campurkan cili kisar dengan rojak buah atau petis. .. Nak mudah, letak mana-mana yang dah ada di rumah...Kann nak mudahkan. 
 Letak kacang, garam sikit, gula sikit...Mudah kan.
Akhir sekali, lumurkan kat timun, nanas, tauhu goreng, sengkuang, dan kangkung...tapi sebab kangkung tak der, tak payah susah-susah. Nak mudahkan. Kalau nak lagi mudah, tak payah buat langsung....Lagi Mudah...

Wednesday, 23 November 2011

Terkena Sumpahan

Dulu saya tinggal di alamat Bila Gerau Bengang Bangang Gebang... 
Pada suatu hari,  sedang saya mengelim karipap sambil bergebang-gebang ,saya didatangi tetamu yang tidak diundang...
Sudahlah tidak diundang, menerjah masuk ke rumah, tidak beradab, terjerit-jerit, terpekik terlolong dengan matanya yang terbelolok @ terbeliak menghalau saya keluar  rumah ...

(makan, jemput makan, nasi arab sensored)

Senang-senang halau saya keluar. 
Saya tanya ...Ko ni siapa? Dia jawab, Aku Malware .Saya tanya lagi...Malware? 
Ha ha ha...Ada aku kisah ? Kalau "ware" lain  cam  tupperware, aku kisah. 

"Oh, ko main-mainkan aku? katanya dengan matanya yang merah menyala-nyala. Marah. Sangat-sangat marah. 
Kau tahu aku siapa? Kalau aku sudah marah, akan aku sumpah semua isi rumah kau. Kuih karipap kau, lauk kau, nasi kau, semua yang ada aku sumpah kasi keras, katanya lagi.

Ha ha ha ha ....Saya gelak...
Keras? Sumpahlah! Sumpahlah! , saya mencabar.
Tidak sedikit pun saya takut. Saya gelak. Gelak, Gelak, gelak dan gelak. 
Dia  semakin marah...maka dengan segera disumpahnya seluruh isi rumah saya...

Dengan sekelip mata........
Semuanya, karipap, nasi ayam, asam pedas, kuih talam, semuanya .
Keras...

(kue tiaw 4D pun ada, sila, sila)

Hu hu hu hu
Sejak itu...
...saya tinggalkan rumah saya dengan segala isinya...dan dengan kaki yang lemah longlai saya berpindah ke sini supaya dapat saya membuat karipap, memasak, dan  bergebang lagi...

Saya amat mengalu-alukan mana-mana pengamal perubatan tradisional  dan mana-mana pakar untuk memulihkan sumpahan terdapat isi rumah saya.